SERIA, BELAIT – Ahad, 20 Zulhijjah 1447 bersamaan 7 Jun 2026, Kejohanan Liga Bola Sepak Penghulu Mukim dan Ketua Kampung 2025/2026 Piala Pusingan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Kejohanan diteruskan lagi bagi merebut kejuaraan Liga Bola Sepak Penghulu Mukim dan Ketua Kampung. Perlawanan diadakan bertempat di Padang Arena Seria, Seria, Daerah Belait. Hadir menyaksikan dan kemudiannya ikut serta dalam perlawanan liga tersebut Yang Mulia Pemangku Pegawai Daerah Temburong.