TEMBURONG – Ahad, 14 Jamadiawal 1448 bersamaan 25 Oktober 2026 – Sebagai tanda sokongan terhadap usaha memelihara kebersihan persekitaran serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga kebersihan, warga Jabatan Daerah Temburong, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampung Menengah, Kampung Puni, Kampung Belais dan Kampung Buda-Buda turut menyertai kempen kebersihan yang diungkayahkan oleh Kementerian Pendidikan di beberapa kawasan sekitar Kampung Menengah, Kampung Puni, Kampung Buda-Buda dan Pekan Bangar, Daerah Temburong.