Temburong, pada 11 Zulhijjah 1447H bersamaaan 29 Mei 2026M telah diadakan Program kemasyarakatan dan Kerohanian pengendalian Jabatan Penjara dan Jabatan Daerah Temburong bertempat Di Dewan Serbaguna Kompleks Bumiputera Pekan Bangar Temburong.

Hadir Selaku Tetamu Kehormat pada program tersebut Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara. Turut hadir Yang Mulia Awang Hassan Baha bin Haji Umar Pemangku Pegawai Daerah Temburong dan Awang Bahrin bin Mohammad Yassin, Pemangku Pengarah Penjara.

Diantara Pengisian Program ialah Bacaan Surah Al- Fatihah dan Laungan Takbir Hari Raya Aidiladha. Setelah itu program diteruskan dengan penyampaian Token Penghargaan kepada Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung bagi mewakli penerima-penerima daripada kampong masing-masing, Rakan Seliaan serta ahli keluarga mereka.Program diserikan dengan persembahan Pembacaan Qasidah dan Tazkirah Khas yang telah disampaikan oleh Ustaz Abd Rahman bin Hj Ajak.

Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta penghayatan nilai-nilai kerohanian melalui aktiviti yang berteraskan ibadah. Di samping itu, program ini juga dihasratkan untuk memperkukuhkan semangat kemasyarakatan, kebersamaan, perpaduan serta budaya saling bantu-membantu antara agensi kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGOs) dan masyarakat setempat.

Selain itu, program ini turut menyokong proses pemulihan dan reintegrasi sosial bekas penghuni penjara melalui galakan penerimaan masyarakat serta pemberian peluang kepada mereka untuk kembali menyumbang secara positif kepada masyarakat. Dalam masa yang sama, program ini juga melibatkan penyampaian sumbangan kepada golongan yang memerlukan di Daerah Temburong sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab sosial terhadap kesejahteraan masyarakat setempat.

Program ini juga diharap dapat mengukuhkan kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan pihak-pihak berkepentingan dalam melaksanakan inisiatif yang memberi manfaat berterusan kepada masyarakat.