BANDAR SERI BEGAWAN – Sabtu, 30 Mei 2025, Seramai 2 orang warga Jabatan Daerah Temburong telah menerima Kurnia Pingat Kerja Lama (P.K.L) di Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-79 bagi Tahun 2025 bertempat di Dewan Serambi Suluh, Tingkat 1, Tarindak D’Seni, Bandar Seri Begawan.