TEMBURONG – Selasa, 8 Zulhijjah 1447 bersamaan 26 Mei 2026, Bagi menjaga kemaslahatan dan kesejahteraan penduduk kampung, Jabatan Daerah Temburong melalui Ketua Kampung telah memberikan bantuan berupa bahan-bahan binaan rumah kepada dua penduduk kampung dari golong kurang berkemampuan di Mukim Amo dan Mukim Bokok. Bantuan tersebut adalah antara inisiatif Jabatan dengan sokongan orang ramai bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan di Daerah ini.