Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksLatar Belakang Jabatan Daerah

Jabatan Daerah Temburong

Bangunan Jabatan Daerah Temburong dibangun pada awal tahun 1950an.Ketika penubuhannya bangunan ini digunakan dan dikongsi bersama beberapa buah agensi kerajaan lain seperti Pejabat Telekom, Pejabat Pos, Pejabat Kastam dan Eksais dan sebuah ruang bilik mahkamah dan Pejabat Pengangkutan Darat.

Memandangkan bangunan ini digunakan bersama jabatan-jabatan kerajaan lain, Bangunan Jabatan Daerah Temburong ini dinamakan sebagai Bangunan Pejabat-Pejabat Kerajaan Daerah Temburong.

Pada Tahun 1982, Kompleks Bangunan Jabatan-Jabatan Kerajaan yang baru telah dibina. Bangunan tersebut mula digunakan pada tahun 1984 dan Jabatan Daerah Temburong bersama Jabatan-Jabatan yang lain telah berpindah ke bangunan baru tersebut sehingga ke hari ini.