TEMBURONG - Selasa, 29 Rabiulakhir 1442 bersamaan 15 Disember 2020, diadakan Majlis Penyampaian Sijil Kursus 'Basic Jungle Rescue' yang dikendalikan oleh Bahagian Institusi Mukim dan Kampung, Jabatan Daerah Temburong dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Cawangan Operasi 'G', Daerah Temburong bertempat di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar, Temburong. Kursus selama 2 hari tersebut bermula pada Hari Isnin, 14 Disember dan berakhir dengan Majlis Penyampaian Sijil pada hari Selasa 15 Disember 2020.