Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksCarta Bahagian Perkhidmatan Korporat dan Kewangan

Slide5.JPG

Fungsi dan Peranan Bahagian Perkhidmatan Korporat dan Kewangan 


Bahagian Perkhidmatan Korporat dan Kewangan adalah salah satu bahagian di Jabatan Daerah Temburong yang bertanggungjawab dalam mengendalikan hal ehwal pentadbiran, kewangan, perumahan dan penginapan serta perhubungan awam dan ICT.

 

Bahagian ini mempunyai 4 buah unit:

 

1.      UNIT PENTADBIRAN

 

2.      UNIT KEWANGAN



3.      UNIT PERUMAHAN DAN PENGINAPAN

 

4.      UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN IT

 

 

 

 

(1) Unit Pentadbiran

 

FUNGSI DAN PERANAN:

 

  • Mengawal dan mengendalikan hal ehwal pentadbiran Jabatan Daerah Temburong samada yang bergaji bulan, sebulan ke sebulan, open vote, gaji hari dan kontrak;

     
  • Memproses permohonan kenaikkan gaji, cuti, pertukaran pegawai dan kakitangan dan elaun-elaun;

     
  •  Mengawal permohonan keluar pejabat dan keluar negeri;

     
  • Memastikan perlaksanaan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Awam yang berkuatkuasa pada masa ini;

     
  • Memeduli kesejahteraan pegawai dan kakitangan;

     
  • Menguruskan penghantaran dan penerimaan persuratan Jabatan;

     
  • Menambahbaik dan/atau memperbaharui proses-proses pentadbiran Jabatan Daerah Temburong dari masa ke semasa.

     
  • Memastikan penerimaan, penyimpanan dan pengeluaran barang-barang adalah mengikut Peraturan-Peraturan Kewangan yang sedang berkuatkuasa pada masa ini;

     
  • Memastikan barang-barang disimpan di dalam keadaan baik, teratur dan selamat;

     
  • Mengawal pengeluaran barang-barang agar bersesuaian dengan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa pada masa ini;

     
  • Menguruskan pembelian mengikut peraturan kewangan dan cara-cara yang ditetapkan dari masa ke semasa;

     
  • Mengemaskini rekod-rekod penyimpanan dan inventori setiap masa;

     
  • Mengemaskini stok / barang-barang Jabatan yang sentiasa diperlukan dan memastikan bekalan adalah mencukupi;

     
  • Menyediakan laporan mengenai dengan kekurangan barang-barang gunasama yang disimpan dalam stor;

     
  • Menambahbaik dan/atau memperbaharui proses-proses penyimpanan, penerimaan dan pengeluaran barang-barang stor Jabatan Daerah Temburong dari masa ke semasa.

     



     

     

    (2) Unit kewangan

     

    FUNGSI DAN PERANAN:

     
  • Mengawal dan memantau perbelanjaan Jabatan selaras dengan peruntukan yang dibenarkan pada setiap tahun kewangan;

     
  • Memastikan perlaksanaan Peraturan-Peraturan Kewangan yang sedang berkuatkuasa pada masa ini;

     
  • Memproses bayaran-bayaran gaji dan elaun-elaun pegawai dan kakitangan Jabatan;

     
  • Memproses pembayaran-pembayaran bagi setiap perbelanjaan Jabatan;

     
  • Mengutip hasil-hasil Jabatan;

     
  • Sebagai urusetia dalam Jawatankuasa Sebutharga Jabatan;

     
  • Menambahbaik dan/atau memperbaharui proses-proses kewangan Jabatan Daerah Temburong dari masa ke semasa.

     

     





     

     

    (3) Unit Perumahan & Penginapan

     

    FUNGSI DAN PERANAN:

     
  • Mengemaskini senarai perumahan dibawah kawalan Jabatan Daerah Temburong;

     
  • Mengemaskini senarai penghuni-penghuni rumah dan/atau flat yang dibawah kawalan Jabatan;

     
  • Menerima dan menyenaraikan permohonan-permohonan bagi perumahan Jabatan;

     
  • Sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Perumahan Jabatan Daerah Temburong dalam menimbangkan setiap permohonan baru, pindah dan/atau penyambungan rumah sewa awam;

     
  • Mendaftar kemasukan penyewa / penghuni yang menginap di rumah persinggahan kerajaan;

     
  • Memastikan kawasan dan bilik-bilik di rumah persinggahan kerajaan adalah dalam keadaan bersih, baik dan terpelihara;

     
  • Memastikan bilik-bilik dalam keadaan baik sebelum penyewa / penghuni check-in dan setelah penyewa / penghuni check out;

     
  • Menambahbaik dan/atau memperbaharui proses-proses perumahan dan penginapan dibawah Jabatan Daerah Temburong dari masa ke semasa.

     



     

     

     

    (4) Unit Perhubungan Awam & IT

     

    FUNGSI DAN PERANAN:

     
  • Menyediakan Press Release bagi akhbar-akhbar tempatan seperti Pelita Brunei, Borneo Bulletin, Brunei Times dan Media Permata;

     
  • Mengendalikan dan mengemaskini laman web Jabatan dan laman-laman sosial Jabatan seperti Facebook dan Instagram;

     
  • Meneliti isi kandungan akhbar-akhbar dan berita-berita tempatan dan luar negara;

     
  • Membuat pengurusan untuk Liputan Media (Elektronik dan Cetak) bagi semua Projek dan Aktiviti yang melibatkan Jabatan Daerah;

     
  • Menyampaikan maklumat secara berterusan kepada Pegawai dan Kakitangan Jabatan bagi apa jua perkara yang perlu untuk diketahui oleh semua warga Jabatan;

     
  • Menerbitkan Majalah Permata Hijau tiga kali setahun;

     
  • Menerbitkan Risalah-Risalah dan Buku-Buku yang bertujuan untuk mempromosikan Jabatan;

     
  • Membuat perancangan kerja tahunan bagi aktiviti-aktiviti  Jabatan Daerah Temburong;

     
  • Menyelaras sebarang permohonan dan keperluan peralatan IT Pegawai dan Kakitangan Jabatan;

     
  • Sebagai "Focal Point" untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan ICT;

     
  • Bertanggungjawab atas pemeliharaan peralatan IT (Hardware dan Software);

     
  • Membentuk kumpulan kreatif untuk rekabentuk dan layout bagi sebarang produk Jabatan seperti Majalah Permata Hijau, risalah-risalah, brochure dan sebagainya;

     
  • Menambahbaik dan/atau memperbaharui proses-proses penyaluran maklumat Jabatan Daerah Temburong dari masa ke semasa.