Bahagian Kemajuan dan Pembangunan Daerah adalah bahagian yang bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan, pemerliharaan dan pemuliharaan pada kawasan-kawasan dan bangunan-bangunan yang dibawah kawalan Jabatan Daerah Temburong melalui dua buah unit yang terdapat di dalam bahagian ini, iaitu:
1. UNIT PRASARANA
2. UNIT PERKHIDMATAN, PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
(1) Unit Prasarana
FUNGSI DAN PERANAN:
- Memantau keadaan-keadaan bangunan kerajaan, perniagaan dan kemudahan awam yang dibawah kawalan Jabatan Daerah Temburong;
- Memastikan bangunan-bangunan dibawah kawalan Jabatan sentiasa di dalam keadaan berish, selamat dan teratur;
- Membuat pemeliharaan yang berterusan ke atas bangunan-bangunan dan kemudahan awam dengan kerjasama agensi-agensi yang berkenaan;
- Menambahbaik dan membuat pembaharuan ke atas penjagaan prasarana-prasarana Jabatan dari masa ke semasa.
(2) Unit Perkhidmatan, Pemeliharaan dan Pemuliharaan
FUNGSI DAN PERANAN:
- Membina jalan-jalan kecil di Daerah Temburong;
- Memelihara kenderaan darat dan laut;
- Bertanggungjawab ke atas peminjaman kenderaan darat dan laut;
- Menjaga kebersihan kawasan lanskap dan pemotongan rumput dibawah tadahan Jabatan;
- Memantau projek-projek Jabatan;
- Penyediaan pelan bagi projek-projek Jabatan;
- Menyelaras tenaga bantuan seperti Buruh, Tukang Kayu, Tukang Kebun, Penjaga Malam dan Pembersih;
- Menambahbaik dan membuat pembaharuan ke atas pemeliharaan dan pemuliharaan asset-aset Jabatan dari masa ke semasa.