Bahagian Institusi Mukim dan Kampung adalah satu bahagian yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pentadbiran dan pengurusan Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua Kampung serta menyelaras aktiviti-aktiviti dan perkembangan produk-produk mukim dan kampung melalui 4 unit-unit dibawah:
1. UNIT PENTADBIRAN PENGHULU MUKIM DAN KETUA KAMPUNG
2. UNIT PENTADBIRAN MAJLIS-MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG
3. UNIT PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN PRODUK MUKIM DAN KAMPUNG
4. UNIT KEBAJIKAN AM

(1) Unit Pentadbiran Penghulu Mukim dan Ketua Kampung
FUNGSI DAN PERANAN:
- Mengurus hal ehwal pentadbiran Penghulu dan Ketua Kampung seperti permohonan cuti, keluar negeri dan transit;
- Menyelaras perlantikan pengisian jawatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung;
- Mengemaskinikan status perkhidmatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung;
- Meneliti dan memberi pandangan dan sokongan permohonan-permohonan orang ramai melalui PKRP untuk dihadapkan kepada agensi-agensi yang berkenaan;
- Membuat surat menyurat yang berhubung kait dengan bidang tugas Penghulu Mukim dan Ketua Kampung;
- Menerima laporan bertulis daripada Penghulu Mukim dan Ketua Kampung untuk dihadapkan kepada Pegawai Daerah setiap minggu;
- Mengemaskinikan Fail-Fail Penghulu Mukim dan Ketua Kampung samada yang sudaha bersara atau pun yang masih dalam perkhidmatan;
- Mengemaskini Rekod Perkhidmatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung;

(2) Unit Pentadbiran Majlis-Majlis Perundingan Mukim (mpm) dan Majlis Perundingan Kampung (mpk)
FUNGSI DAN PERANAN:
- Memantau dan Menyelaras Program Kerja, Aktiviti-Aktiviti serta Projek-Projek MPM / MPK;
- Meneliti dan memberi pandangan dan sokongan permohonan-permohonan MPM/MPK bagi bantuan kewangan;
- Sebagai Urusetia MPM/MPK Daerah Temburong;
- Menilai keberkesanan MPM/MPK Daerah Temburong;
- Memantau perlaksanaan Mesyuarat MPM/MPK;
- Memastikan penyertaan MPM/MPK dalam Anugerah Kampung Cemerlang;
- Mengemaskini Profil MPM/MPK;
- Menghadapkan permohonan yang berbangkit melalui Mesyuarat MPM/MPK kepada agensi-agensi berkenaan.

(3) Unit perkembangan dan Kemajuan Produk Mukim dan Kampung
FUNGSI DAN PERANAN:
- Memantau perkembangan produk mukim dan kampung, terutama sekali Satu Kampung, Satu Produk (SKSP);
- Membantu memajukan SKSP melalui sokongan pembelian keperluan-keperluan yang dapat meningkatkan mutu SKSP;
- Menyertai ekspo-ekspo penjualan produk-produk kampong sama ada dalam dan luar daerah;
- Menambahbaik dan menambah produk-produk mukim dan kampong;
(4) Unit Kebajikan Am
FUNGSI DAN PERANAN:
- Bahagian ini akan bertindak sebagai Urusetia bagi Kumpulan Kerja Penyiasat Daerah Temburong dan membuat laporan ke Jabatan Perdana Menteri.
- Menerima permohonan daripada Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan penduduk-penduduk kampung Daerah Temburong mengenai dengan permohonan perumahan daripada golongan daif, fakir dan miskin.
- Meneliti segala permohonan-permohonan bantuan perumahan bagi golongan daif, fakir dan miskin yang telah dihadapkan.
- Menerima aduan-aduan daripada berbagai pihak seperti orang-orang awam, pihak media dalam masalah-masalah yang di terjadi di Daerah Temburong.
- Membuat lawatan dan penyiasatan terhadap aduan / permohonan bantuan perumahan yang diterima.
- Menyelaras dengan agensi-agensi berkenaan mengenai dengan aduan-aduan dan bantuan-bantuan perumahan.
- Menerima laporan bencana-bencana alam yang di hadapi di Daerah Temburong.
- Selaku Urusetia Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Daerah Temburong.
- Bekerjasama dengan agensi-agensi berkenaan dan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan dari segi bantuan bagi rumah-rumah yang terjejas oleh bencana.
- Menghadapkan laporan mengenai bencana-bencana di Daerah Temburong