(1) Unit Pentadbiran FUNGSI DAN PERANAN:
- Mengawal dan mengendalikan hal ehwal pentadbiran Jabatan Daerah Temburong samada yang bergaji bulan, sebulan ke sebulan, open vote, gaji hari dan kontrak;
- Mengurus dan mengemaskini data Sistem Sumber Manusia;
- Memproses permohonan kenaikkan gaji, cuti, pertukaran pegawai dan kakitangan dan elaun-elaun;
- Mengawal permohonan keluar pejabat dan keluar negeri;
- Memastikan perlaksanaan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Awam yang berkuatkuasa pada masa ini;
- Memeduli kesejahteraan pegawai dan kakitangan;
- Mengadakan dan menguruskan program pembangunan kapasiti pegawai dan kakitangan jabatan seperti talk series, taklimat kursus dan seumpamanya dari agensi kerajaan;
- Menguruskan penghantaran dan penerimaan persuratan Jabatan;
- Meningkatkan kualiti pengurusan organisasi dalaman dan/atau memperbaharui proses-proses pentadbiran Jabatan Daerah Temburong dari masa ke semasa.
(2) Unit kewangan FUNGSI DAN PERANAN: - Mengawal dan memantau perbelanjaan Jabatan selaras dengan peruntukan yang dibenarkan pada setiap tahun kewangan;
- Memastikan perlaksanaan Peraturan-Peraturan Kewangan yang sedang berkuatkuasa pada masa ini;
- Memproses bayaran-bayaran gaji dan elaun-elaun pegawai dan kakitangan Jabatan;
- Memproses pembayaran-pembayaran bagi setiap perbelanjaan Jabatan;
- Mengutip hasil-hasil Jabatan;
- Sebagai urusetia dalam Jawatankuasa Sebutharga Jabatan;
- Menambahbaik dan/atau memperbaharui proses-proses kewangan Jabatan Daerah Temburong dari masa ke semasa.
(3) Unit Perumahan dan Penginapan FUNGSI DAN PERANAN: - Mengemaskini senarai perumahan dibawah kawalan Jabatan Daerah Temburong;
- Mengemaskini senarai penghuni-penghuni rumah dan/atau flat dibawah kawalan Jabatan;
- Menerima dan menyenaraikan permohonan-permohonan bagi perumahan Jabatan;
- Sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Perumahan Jabatan Daerah Temburong dalam menimbangkan setiap permohonan baru, pindah dan/atau penyambungan rumah sewa awam;
- Mendaftar kemasukan penyewa / penghuni yang menginap di rumah persinggahan kerajaan;
- Memastikan kawasan dan bilik-bilik di rumah persinggahan kerajaan adalah dalam keadaan bersih, baik dan terpelihara;
- Memastikan bilik-bilik dalam keadaan baik sebelum penyewa / penghuni check-in dan setelah penyewa / penghuni check-out;
- Menambahbaik dan/atau memperbaharui proses-proses perumahan dan penginapan dibawah Jabatan Daerah Temburong dari masa ke semasa.
|
|