
FUNGSI DAN PERANAN BAHAGIAN PENYELIDIKAN, PERHUBUNGAN AWAM DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
.png)
(1) Unit Penyelidikan FUNGSI DAN PERANAN:
- Melaksanakan tugas-tugas penyelidikan yang berobjektif untuk mencapai Visi dan Misi Jabatan Daerah Temburong seperti kajiselidik untuk mengadakan program atau inisiatif yang mendokong pembangunan dan kesejahteraan masyarakat;
- Membuat kajiselidik dan kertas kerja untuk penambahbaikkan sebarang perkhidmatan dan juga proses kerja Jabatan untuk keperluan jabatan;
- Menerima aduan daripada orang ramai melalui emel, telefon, WhatsApp dan melalui media sosial;
- Membuat carta laporan dan statistik aduan yang diterima sepanjang tahun;
- Membuat sebarang cadangan dan rumusan bagi sebarang kajiselidik yang telah dibuat;
- Memantau penjilidan buku-buku, keratan akhbar, risalah-risalah, buku program, acara-acara yang dilaksanakan oleh Jabatan Daerah Temburong.
(2) Unit Perhubungan Awam dan Teknologi Maklumat FUNGSI DAN PERANAN:
- Membuat pengurusan untuk Liputan Media (Elektronik dan Cetak) bagi semua Projek dan Aktiviti yang melibatkan Jabatan Daerah dan menyediakan Press Release bagi aktiviti dan projek tersebut;
- Mengemaskinikan laman sesawang jabatan dan laman sosial jabatan;
- Meneliti isi kandungan akhbar-akhbar dan berita-berita tempatan dan luar negara;
- Membuat rekabentuk dan layout dan kemudiannya menerbitkan Risalah, Buku dan Poster yang bertujuan untuk mempromosikan projek dan aktiviti jabatan;
- Meyelaras sebarang permohonan dan keperluan peralatan IT Pegawai dan Kakitangan jabatan; dan menjadi "Focal Point" untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan ICT berserta bertanggungjawab atas pemeliharaan peralatan IT (Hardware dan Software);
- Menyampaikan maklumat secara berterusan kepada Pegawai dan Kakitangan jabatan bagi apa jua perkara yang perlu untuk diketahui oleh semua warga jabatan;
- Membuat perancangan kerja tahunan bagi aktiviti-aktiviti Jabatan Daerah Temburong;
- Menambahbaik dan/atau memperbaharui proses-proses penyaluran maklumat Jabatan Daerah Temburong dari masa ke semasa.
|