Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Upacara Menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Yang Ke 33, Tahun 2017 Bagi Daerah Temburong

DSC_6053 - Copy.JPG

TEMBURONG - Hari Khamis, 16 Februari 2017, bertempat di Kawasan Lapang Dermaga, Pekan Bangar telah berlangsung Upacara Menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Yang Ke 33 Tahun Bagi Daerah Temburong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Awang Md Amir Hairil bin Awang Haji Mahmud, Pegawai Daerah Temburong. Turut hadir ialah Yang Mulia  SUPT. Suhairi bin Haji Sukri, Pemerintah Daerah Polis Cawangan Temburong selaku Pengerusi  Bersama Majlis, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Haji Mohamad Azmi bin Haji Suhaili, Pemangku Penolong Pegawai Daerah Temburong  Yang Mulia Ketua-Ketua Cawangan, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung, Persatuan Beruniform dan Persatuan Bukan Kerajaan, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Penduduk-Penduduk Kampung  dan Syarikat Swasta.

Aturcara majlis telah dimulai dengan Bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan pasukan membawa bendera Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Yang Mulia Haji Mohamad Azmi bin Haji Suhaili, Pemangku Penolong Pegawai Daerah Temburong selaku Pengerusi Bersama untuk diserahkan kepada Yang Mulia Pegawai Daerah Temburong selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya diserahkan kepada pasukan Polis Diraja Brunei bagi Upacara menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam. Ini disusuli dengan Lagu Kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’ dan kemudiannya lagu “Bendera Negara” daripada pasukan koir daripada Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar. Acara kemudiannya diteruskan dengan penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam kepada Penghulu-Penghulu Mukim di Daerah Temburong dan “Program Belia Cinta Tanahair”.

Dari detik 16 Februari 2017 ini bermulalah berkibarnya Bendera Negara Brunei Darussalam. Bagi Pengiran-Pengiran dan Orang Yang Bergelar hendaklah mengibarkan bendera peribadi mereka di rumah kediaman masing-masing, manakala bagi orang ramai, bangunan-bangunan kerajaan dan permis-permis perniagaan hendaklah mengibarkan bendera Negara Brunei Darussalam di tempat masing-masing bermula pada hari ini 16 Februari 2017 sehingga 25 Februari 2017.

DSC_6046 - Copy.JPG

DSC_6083 - Copy.JPG

DSC_6108 - Copy.JPG

Created at 16/02/2017 14:33 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 16/02/2017 14:33 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang