Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Acara Malam-Malam Keraian Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-75

photo_2021-07-17_09-53-16.jpg

​TEMBURONG – Hari khamis, 15 Julai 2021, satu daripada Acara-Acara Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-75 yang menarik perhatian orang ramai ialah acara malam-malam keraian. Membuka tirai acara malam-malam keraian tersebut ialah Persembahan Dikir Syarafil Anam yang dikendalikan oleh AJK Malam-Malam Keraian bersama Takmir Masjid Daerah Temburong. Hadir selaku tetamu kehormat ke acara tersebut, Yang Mulia Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong.


Pada tahun ini, sebanyak 20 acara telah disediakan oleh Jawatankuasa Malam-Malam Keraian bagi memeriahkan lagi Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Yang Ke-75 bagi Daerah Temburong yang bermula pada hari ini 15 Julai 2021 sehingga 03 Ogos 2021.
photo_2021-07-17_09-53-16.jpg
photo_2021-07-17_09-53-32.jpg
photo_2021-07-17_09-53-36.jpg
photo_2021-07-17_09-53-42.jpg
photo_2021-07-17_09-53-45.jpg
photo_2021-07-17_09-53-49.jpg
photo_2021-07-17_09-53-53.jpg


Created at 17/07/2021 10:08 by Mohammad Noor bin Haji Ag. Tuah
Last modified at 17/07/2021 10:08 by Mohammad Noor bin Haji Ag. Tuah