Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Penyampaian Sumbangan dan Membaikpulih Tangga dan Pantaran Rumah Warga Emas bertempat di Kampung Biang Baru Sibulu, Temburong.


DSC_0708.JPG

Temburong, 18 April 2021; Penyampaian Sumbangan dan Membaikpulih Tangga dan Pantaran Rumah Warga Emas Dayang Mapong anak Oda bertempat di Kampung Biang Baru Sibulu, Temburong.

Acara penyampaian sumbangan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Yang Mulia Haji Muhamad Syahmi bin Haji Tuah, Bilal Masjid Selangan. Acara kemudiannya diteruskan dengn penyampaian sumbangan yang berbentuk makanan asasi disampaikan oleh Yang Mulia Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong kepada Dayang Aimi Nazirah binti Abdullah Palong, anak saudara kepada Dayang Mapong anak Oda. Pemangku Pegawai Daerah Temburong seterusnya menyaksikan pembaikpulihan tangga dan pantaran rumah Dayang Mapong anak Oda yang dikendalikan oleh Kumpulan Dash Team dengan kerjasama Jabatan Daerah Temburong.

Penyampaian sumbangan dan projek amal pembaikpulihan tangga dan pantaran rumah warga emas tersebut adalah bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan di daerah ini selain ianya dihasratkan untuk memupuk rasa keprihatinan terhadap golongan masyarakat yang memerlukan.
 


 

DSC_0708.JPG

DSC_0655.JPG

photo_2021-04-24_11-01-25.jpg

Created at 24/04/2021 11:07 by Mohammad Noor bin Haji Ag. Tuah
Last modified at 24/04/2021 11:07 by Mohammad Noor bin Haji Ag. Tuah