TEMBURONG, Rabu, 10 Mac 2021, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan melawat ke beberapa tempat sekitar Pekan Bangar. Baginda berangkat meninjau ke Sekolah Menengah Sultan Hassan, Bangunan Kompleks Bumiputera, Radio Televisyen Brunei Cawangan Temburong, Tamu Aneka Temburong dan Dermaga Pelabuhan Jeti Penumpang dan Perahu Pekan Bangar.



