Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

UPACARA MENAIKKAN BENDERA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN

DSC_5297.JPG

TEMBURONG – Hari Selasa, 04 Rejab 1442 bersamaan 16 Februari 2021, bertempat di Kawasan Lapang Pentas Perayaan, Pekan Bangar telah berlangsung Upacara Menaikkan Bendera Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-37, Tahun 2021 bagi Daerah Temburong.

Aturcara majlis telah dimulai dengan Bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan pasukan membawa bendera Negara Brunei Darussalam untuk diserahkan kepada Yang Mulia Pemangku Pegawai Daerah Temburong selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya diserahkan kepada pasukan Polis Diraja Brunei bagi Upacara menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam. Acara kemudiannya diteruskan dengan penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam kepada Penghulu-Penghulu Mukim dan Pemangku Penghulu Mukim.

Dari detik 16 Februari 2021 ini bermulalah berkibarnya Bendera Negara Brunei Darussalam. Bagi Pengiran-Pengiran dan Orang Yang Bergelar hendaklah mengibarkan bendera peribadi mereka di rumah kediaman masing-masing, manakala bagi orang ramai, bangunan-bangunan kerajaan dan premis-premis perniagaan hendaklah mengibarkan bendera Negara Brunei Darussalam di tempat masing-masing bermula pada hari ini 16 Februari 2021 sehingga 25 Februari 2021.

DSC_5297.JPG

DSC_5309.JPGDSC_5319.JPG

DSC_5346.JPGDSC_5349.JPG

Created at 18/02/2021 10:14 by Dayangku Siti Nur Syadzwani binti Pengiran Mohd Jeffry
Last modified at 18/02/2021 10:18 by Dayangku Siti Nur Syadzwani binti Pengiran Mohd Jeffry