Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

TAMU BESAR TEMBURONG 2020

DSC_2039.JPG

TEMBURONG, Sabtu, 12 Disember 2020, Dalam usaha mengembangmajukan sosio-ekonomi masyarakat dan meningkatkan masyarakat yang berpenglibatan dan bersepadu; satu projek perekonomian iaitu Tamu Besar Temburong 2020 telah diadakan melalui Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Temburong dengan kerjasama Jabatan Daerah Temburong selama empat (04) hari bermula hari ini Sabtu, 12 Disember 2020 hingga Selasa, 15 Disember 2020 bertempat di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar, Daerah Temburong.

Tamu Besar Temburong 2020 adalah inisiatif atau usaha Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung berserta Jabatan Daerah Temburong dalam memberikan peluang kepada pengusaha 1K1P, usahawan-usahawan kampung, belia-belia, peserta Satu Kampung Satu Keluarga untuk menjana pendapatan dan secara tidak langsung meningkatkan penglibatan masyarakat dalam mengadakan aktiviti di daerah ini. Ianya juga merupakan satu langkah untuk menambah tarikan kepada pengunjung-pengunjung dari luar dan dalam daerah serta meningkatkan kemeriahan di Daerah Temburong. Selain daripada itu, ianya bertujuan untuk memberikan peluang kepada pengusaha-pengusaha 1K1P dan usahawan kampung untuk menjual dan mempromosikan produk masing-masing.

Seramai 60 peserta turut serta dalam Tamu Besar Temburong 2020 termasuk agensi-agensi kerajaan yang berkenaan. Selain daripada jualan-jualan, beberapa aktiviti juga dianjurkan di sepanjang 2 hari berlangsungnya tamu tersebut. Di antara aktiviti yang menarik adalah pertandingan masakan, pertandingan pemarang dan tongkat terbaik serta pameran daripada Jabatan Penjara, Biro Kawalan Narkotik, Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam dan Pejabat Kesihatan Daerah Temburong.

DSC_2039.JPG

DSC_2181.JPG

DSC_2293.JPG

DSC_1992.JPG


Created at 06/01/2021 14:38 by Rosmaria Binti Hj Ibrahim
Last modified at 06/01/2021 14:38 by Rosmaria Binti Hj Ibrahim