Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS DIKIR ROMBONGAN JABATAN DAERAH TEMBURONG

DSC_9288.JPG

TEMBURONG, ISNIN, 19 OKTOBER 2020 – Rombongan Dikir Jabatan Daerah Temburong telah diadakan pada hari ini, 02 Rabiulawal 1442H bersamaan 19 Oktober 2020M, bertempat di Masjid Kampung Labu Estate, Mukim Labu, Daerah Temburong sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W Bagi Tahun 1442 Hijrah Bersamaan 2020 Masehi.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim; Pemangku Pegawai Daerah Temburong selaku ketua rombongan. Turut hadir Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Mesyuarat Negara, Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Temburong, Ketua-Ketua Cawangan Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung berserta Pemangku Ketua-Ketua Kampung dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Labu Estate, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampung Labu Estate berserta penduduk kampung. Acara telah dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan diikuti oleh Majlis Dikir Maulud beramai-ramai daripada kumpulan dikir Jabatan Daerah Temburong dan Ahli-Ahli Takmir Masjid Kampung Labu Estate berserta Majlis Perundingan Kampung Labu Estate dan penduduk kampung.

Majlis yang diungkayahkan oleh Jabatan Daerah Temburong ini dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Labu Estate merupakan aktiviti Jabatan yang bertujuan untuk sama-sama menyemarakkan dan memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.


DSC_9288.JPG

DSC_9309.JPG

DSC_9349.JPG


Created at 20/10/2020 11:38 by Rosmaria Binti Hj Ibrahim
Last modified at 20/10/2020 11:57 by Rosmaria Binti Hj Ibrahim