Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PESTA BUAH-BUAHAN DAN 1K1P DAERAH TEMBURONG

DSC_1777.JPG

TEMBURONG – Sabtu, 05 Rejab 1441 bersamaan 29 Februari 2020, bertempat di Padang Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar, Temburong telah diadakan Majlis Pelancaran Pesta Buah-Buahan dan 1K1P Daerah Temburong yang dianjurkan oleh Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Temburong.

Pesta yang diadakan selama tiga hari tersebut bermula 29 Februari sehingga 02 Mac 2020 telah pun disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Hadir di Majlis tersebut, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Penghulu Mukim Bokok dan Pemangku Penghulu Mukim Amo dan Yang Mulia Awang Mohamad Khairul Shahrul bin Haji Duahim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong. Turut hadir Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Cawangan Jabatan-Jabatan Kerajaan Daerah Temburong, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung berserta Jemputan-Jemputan Khas.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dan seterusnya Majlis Pelancaran Pesta Buah-Buahan dan 1K1P Daerah Temburong. Majlis kemudiannya diteruskan dengan menyaksikan acara menjalin kelupis terpanjang dan seterusnya lawatan ke meja-meja jualan dan menyaksikan aktiviti berserta pameran.

Pesta Buah-Buahan dan 1K1P Daerah Temburong merupakan inisiatif atau usaha Jabatan Daerah Temburong melalui Majlis Perundingan Mukim dan Kampung  sebagai Jawatankuasa pengendali dalam memberikan peluang kepada Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan usahawan-usahawan kampung untuk mengembangmajukan sosio-ekonomi masyarakat dan meningkatkan penglibatan seluruh masyarakat di Daerah Temburong selaras dengan visi dan peranan Jabatan. Selain itu, ia adalah satu platform dan usaha bagi Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung untuk mengerakaktifkan Majlis-Majlis Perundingan bagi membantu ekonomi setempat.

Pesta ini juga satu langkah bagi menarik lebih ramai pengunjung dari luar daerah dan juga dari negara jiran sekaligus memeriahkan lagi Daerah Temburong dengan aktiviti perekonomian. Selain daripada itu, ianya juga memberikan peluang perniagaan kepada Majlis-Majlis Perundingan Kampung dan usahawan-usahawan kampung dan memberikan peluang kepada penduduk-penduduk kampung yang memiliki dusun buah-buahan untuk menjual hasil buah-buahan masing-masing.

Seramai 60 peserta turut serta dalam Pesta Buah-Buahan dan 1K1P Daerah Temburong yang terdiri daripada Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, usahawan-usahawan tempatan dan juga orang-orang persendirian. Selain daripada jual-jualan beberapa aktiviti juga akan diadakan di sepanjang tiga hari berlangsungnya pesta tersebut yang akan dikendalikan oleh Majlis-Majlis Perundingan Kampung, agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta. Di antara aktiviti yang akan diadakan adalah seperti Acara Menjalin Kelupis Terpanjang, Sukan Ria, Pameran dan sebagainya.

Orang ramai adalah dialu-alukan hadir ke Pesta Buah-Buahan dan 1K1P dan ikut serta memeriahkan lagi acara ini.

DSC_1798.JPG

DSC_1808.JPG

DSC_1670.JPG

DSC_1832.JPG

DSC_1961.JPG

Created at 29/02/2020 12:50 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 29/02/2020 12:50 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang