Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

GOTONG ROYONG MAJLIS PERUNDINGAN KAMPUNG BELAIS DAN BUDA-BUDA

WhatsApp Image 2019-11-02 at 2.09.14 PM (1).jpeg

​TEMBURONG - Hari Sabtu, 04 Rabiulawal 1441 bersamaan 01 November 2019, jam 07.30 pagi telah diadakan gotong royong membersihkan kawasan Kampung Belais yang dikendalikan oleh Majlis Perundingan Kampung Belais dan Buda-Buda.

Gotong royong yang merupakan aktiviti tahunan Majlis Perundingan Kampung Belais dan Buda-Buda disertai oleh Yang Mulia Awang Abdul Ghani bin Haji Othman, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Mesyuarat Negara selaku Penghulu Mukim Bokok dan Yang Mulia Awang Mohamad Khairul Shahrul bin Haji Duahim, Penolong Pegawai Daerah Temburong. Turut hadir menyertai gotong royong tersebut ialah Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampung Belais dan Buda-Buda dan penduduk kampung sekitarnya.

Adalah antara objektif gotong royong itu diadakan adalah untuk sama-sama menggerakkan Ahli-Ahli Majlis Perundingan dan juga mengeratkan silaturahim di antara Ahli-Ahlinya dan penduduk kampung. Selain daripada itu ianya juga satu pendekatan Jabatan Daerah Temburong melalui Institusi Mukim dan Kampung dan Majlis Perundingan Kampung untuk memastikan kebersihan dan juga langkah-langkah 'prevention' atau langkah-langkah bagi menggelakkan kejadian banjir di kawasan tersebut.

Selain daripada itu juga, tujuan mengadakan gotong royong tersebut adalah untuk membudayakan masyarat kampung tentang kepentingan kebersihan di sekeliling dan memupuk rasa tanggungjawab di kalangan Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampung dan penduduk kampung untuk mengekalkan gaya hidup sihat.

WhatsApp Image 2019-11-02 at 2.09.14 PM.jpeg

DSC_8436.JPG

Created at 02/11/2019 14:24 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 11/11/2019 14:20 by Rosmaria Binti Hj Ibrahim