Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

TEMBURONG NIGHT MARKET

DSC_6766.JPG

​TEMBURONG - Hari Sabtu, 28 Muharram 1441 bersamaan 28 September 2019, berlangsungnya Majlis Pembukaan Rasmi Gerai  Malam Temburong yang diadakan di Tamu Aneka Temburong, Daerah Temburong.

Dalam usaha mengembangmajukan sosio-ekonomi masyarakat dan meningkatkan penglibatan dan kesepaduan masyarakat, Jabatan Daerah Temburong dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan, swasta dan sekolah telah melancarkan Gerai Malam Temburong [Temburong Night Market] di mana pembukaan rasminya telah disempurnakan di Tamu Aneka Temburong.

Hadir dan kemudiannya menyempurnakan pembukaan Gerai Malam Temburong ialah Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Tetamu Khas Gerai Malam Temburong, Yang Mulia Awang Abdul Ghani bin Haji Othman, Tetamu Khas Gerai Malam Temburong dan. Turut hadir Yang Mulia Awang Mohamad Khairul Shahrul bin Haji Duahim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Ketua-Ketua Cawangan, Jemputan-Jemputan Khas dan Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung.

Untuk memeriahkan lagi pembukaan Gerai Malam Temburong, beberapa aktiviti sampingan telah diadakan untuk menarik minat orang ramai seperti jualan makanan dan produk-produk tempatan, aktiviti Fun Fair, aktiviti jualan Car Boot Sales dan Food Truck dan pameran makanan tradisi Brunei. Sebanyak 30 buah petak disediakan untuk Gerai Malam Temburong yang terdiri dari barang-barang makanan basah dan kering dan juga barang pakaian.

Insiatif Gerai Malam Temburong yang dianjurkan oleh Jabatan Daerah Temburong adalah merupakan satu langkah bagi menambah tarikan dan kemeriahan Pekan Bangar dengan aktiviti malam di samping meningkatkan keaktifan aktiviti perekonomian bagi penduduk tempatan. Konsep Gerai Malam Temburong adalah berdasarkan konsep membeli belah secara terbuka di mana penjaja atau peniaga kecil diberikan peluang untuk menyewa petak-petak yang ditawarkan. Konsep juga diharap menjana suasana yang mesra keluarga dan santai serta membolehkan orang ramai menikmati pelbagai makanan tempatan dengan harga yang berpatutan.

Adalah objektif Gerai Malam Temburong diadakan adalah untuk memartabatkan lagi produk tempatan yang asli dan berdayatahan kepada orang ramai. Inisiatif ini juga akan dapat mempertingkatkan penglibatan belia dalam mendukung hasrat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia untuk mempergiatkan belia-belia dalam sama-sama meningkatkan perekonomian masyarakat dan Negara. Pada masa yang sama, untuk menghidupkan Pekan Bangar sebagai persediaan Jambatan penghubung Daerah Brunei Muara dan Daerah Temburong selain daripada memberikan peluang kepada para peniaga tempatan untuk meningkatkan kemahiran dan menarik kadar pengunjung dari luar dan dalam daerah.

Dengan perasmian Gerai Malam Temburong, diharapkan ia akan memeriahkan Pekan Bangar disamping memberikan peluang ekonomi kepada penduduk tempatan. Usaha Jabatan adalah untuk mengembangmajukan sosio-ekonomi daerah selain memberikan peluang kepada penduduk setempat bagi meningkatkan ekonomi negara walaupun dalam skala kecil disamping meraih peluang-peluang yang bakal wujud dengan terbinanya Jambatan Penghubung Daerah Brunei Muara dan Daerah Temburong.

DSC_6762.JPG

DSC_6797.JPG

DSC_6802.JPG

DSC_6906.JPG


Created at 30/09/2019 09:05 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 30/09/2019 09:05 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang