Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

UPACARA PENGIBARAN BENDERA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN

DSC_3355r.JPG

​TEMBURONG - Hari Isnin, 01 JULAI  2019 bertempat di kawasan Lapang Dermaga, Pekan Bangar telah berlangsung Upacara Pengibaran Bendera Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang ke 73 Tahun bagi Daerah Temburong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Zolkiflee bin Haji Abdul Karim, Setiausaha Tetap, Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia). Turut hadir ialah Yang Mulia Awang Abdul Ghani bin Haji Othman, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Mohammad Khairul Shahrul bin Haji Duahim, Penolong Pegawai Daerah Temburong, Yang Mulia Pegawai Pemerintah Daerah Polis Temburong selaku Pengerusi Bersama Majlis, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Ketua-Ketua Cawangan dan Persatuan-Persatuan Bukan Kerajaan (NGO).

Majlis telah dimulai dengan bacaan surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Awang Mohd Safwan bin Zolkipli Imam Masjid Pengiran Haji Abu Bakar, Kampung Bokok. Acara didahului dengan penyerahan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam oleh Yang Mulia Awang Mohamad Khairul Shahrul bin Haji Duahim, Penolong Pegawai Daerah Temburong kepada Tetamu Kehormat Majlis yang kemudiannya menyerahkan kepada Pasukan Polis Diraja Brunei bagi Upacara Menaikkan Bendera dan disusuli dengan nyanyian lagu Kebangsaan; "Allah Peliharakan Sultan" dan diteruskan dengan Lagu "Bendera Negara" oleh Kumpulan Koir daripada penuntut Sekolah Menengah Sultan Hassan, Bangar Temburong, Pegawai dan Kakitangan dari Jabatan-Jabatan kerajaan Cawangan Daerah. 

Acara kemudiannya diteruskan dengan penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam kepada Penghulu-Penghulu Mukim di Daerah Temburong dan Ketua-Ketua Cawangan, Jabatan-Jabatan Kerajaan Daerah Temburong.

 Sehubungan itu, orang ramai diminta menaikkan bendera Negara Brunei Darussalam dan bagi orang-orang yang bergelar diminta menaikkan bendera peribadi masing-masing bermula pada 01 Julai 2019 hingga 31 Julai 2019.

DSC_3347.JPG

DSC_3488.JPG

DSC_3395.JPG

Created at 01/07/2019 16:33 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 01/07/2019 16:33 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang