Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PENYAMPAIAN DERMA ANAK-ANAK YATIM DAERAH TEMBURONG BAGI TAHUN 1440H / 2019M

DSC_0183.JPG

TEMBURONG - Hari Selasa, 08 Ramadhan 1440 bersamaan 14 Mei 2019, jam 11.00 pagi bertempat di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyaratan Pekan Bangar telah berlangsung Majlis Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim Daerah Temburong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Awang Mohamad Yassin bin Haji Ahmed, Pemangku Pegawai Daerah Temburong dan selaku Penasihat Tabung Anak-Anak Yatim Daerah Temburong. Turut hadir, Yang Mulia Awang Mohamad Khairul Shahrul bin Haji Duahim, Penolong Pegawai Daerah selaku Pengerusi Tabung Derma Anak-Anak Yatim Daerah Temburong, Yang Berhormat Awang Awang  Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Ketua-Ketua Cawangan, Jawatankuasa Anak-Anak Yatim Daerah Temburong sesi 2019-2021, Anak-Anak Yatim Daerah Temburong dan Para Dermawan.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan kemudiannya Bacaan Tahlil berserta Doa Selamat diketuai oleh Yang Mulia Imam Haji Yusof bin Haji Ahad, Imam Masjid Utama Mohd Salleh, Pekan Bangar. Acara kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sumbangan derma kepada Anak-Anak Yatim Daerah Temburong kepada seramai 213 orang penerima yang telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Pemangku Pegawai Daerah Temburong. Majlis diikuti dengan penyampaian sumbangan derma kepada Anak-Anak Yatim Daerah Temburong daripada para penderma.

Dengan adanya sumbangan derma ini nanti akan dapat meringankan beban perbelanjaan anak-anak yatim semasa menyambut bulan syawal nanti dan dihasrat kepada anak-anak yatim akan dapat membelanjakan duit berkenaan dengan sebaiknya dan sekali gus dapat menabung bagi kegunaan dimasa hadapan.

DSC_0052.JPG

DSC_0154.JPG

DSC_0158.JPG

Created at 14/05/2019 14:13 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 14/05/2019 14:14 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang