Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MESYUARAT PERTAMA SAMBUTAN PERAYAAN

DSC_7871.JPG

​TEMBURONG - Hari Khamis, 04 April 2019, bertempat di Dewan Utama Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar telah berlangsung mesyuarat pertama Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 Tahun  bagi Daerah Temburong.

Hadir mempengerusikan mesyuarat itu ialah Yang Mulia Awang Mohamad Yassin bin Haji Ahmed, Pemangku Pegawai Daerah Temburong. Turut hadir ialah Yang Berhormat Awang Haji Emran Bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Yang Mulia Awang Mohammad Khairul Shahrul bin Haji Duahim, Penolong Pegawai Daerah Temburong.

Antara agenda yang dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut ialah meneliti dan mensahkan kunci kira-kira Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun 2018 bagi Daerah Temburong, melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi dan Pengerusi-Pengerusi Bahagian serta Pengerusi-Pengerusi Acara dan membincangkan format Keberangkatan dan Persembahan Khas berserta acara-acara perayaan Sempena Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 Tahun bagi Daerah Temburong.

DSC_7881.JPG

DSC_7886.JPG

Created at 04/04/2019 15:43 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang
Last modified at 04/04/2019 15:43 by Mohd Zool Fadli bin Hj Awang