Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-77 BAGI TAHUN 2023 PERINGKAT DAERAH TEMBURONG

DSC_9127.jpg

TEMBURONG - Hari Isnin, 08 Mei 2023 bertempat di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah, Pekan Bangar, Daerah Temburong telah berlangsung Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-77 Bagi Tahun 2023 Peringkat Daerah Temburong.

Hadir mempengerusikan mesyuarat itu ialah Yang Mulia Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, Pegawai Daerah Temburong. Turut hadir ialah Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Yang Mulia Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Suhaili, Pemangku Penolong Pegawai Daerah Temburong berserta Ketua-Ketua Cawangan Jabatan-Jabatan Kerajaan Daerah Temburong.
DSC_9071.JPGDSC_9082.JPGDSC_9109.JPGDSC_9102.JPG

Antara agenda yang dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut ialah melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-77 bagi Tahun 2023 Peringkat Daerah Temburong, Pengerusi-Pengerusi Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Temburong dan Pengerusi-Pengerusi Acara Keraian Daerah Temburong bagi Tahun 2023. Agenda kemudiannya diteruskan dengan taklimat mengenai Post Mortem Perayaan 2022, Format Keberangkatan, Acara Perayaan Peringkat Kebangsaan 2023 dan taklimat mengenai Persembahan Khas Daerah Temburong 2023.​

Created at 01/06/2023 10:24 by Mohammad Dzulkhairi Latif bin Haji Abdul Latif
Last modified at 01/06/2023 10:27 by Mohammad Dzulkhairi Latif bin Haji Abdul Latif