Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

UPACARA MENURUNKAN BENDERA SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-39, TAHUN 2023 BAGI DAERAH TEMBURONG

WhatsApp Image 2023-02-25 at 4.23.21 PM (3).jpeg

TEMBURONG - Hari Sabtu, 25 Februari 2023 bertempat di Kawasan Dermaga Pekan Bangar, Temburong telah berlangsung Upacara Penurunan Bendera Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-39, Tahun 2023 bagi Daerah Temburong. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, Pegawai Daerah Temburong. Turut hadir ialah Yang Mulia Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Suhaili, Pemangku Penolong Pegawai Daerah selaku Pengerusi Majlis, Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Pemangku Penghulu-Penghulu Mukim; Ketua-Ketua Kampung; Pemangku Ketua-Ketua Kampung; Ketua-Ketua Cawangan Dearah Temburong dan Jemputan Khas.
WhatsApp Image 2023-02-25 at 4.23.21 PM.jpegWhatsApp Image 2023-02-25 at 4.23.21 PM (1).jpeg
WhatsApp Image 2023-02-25 at 4.23.21 PM (2).jpegWhatsApp Image 2023-02-25 at 4.23.21 PM (4).jpeg

Upacara Penurunan Bendera ini menandakan berakhirnya tempoh pengibaran bendera di premis-premis kerajaan dan swasta serta rumah-rumah kediaman semua rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-39, Tahun 2023


Created at 27/02/2023 08:48 by Mohammad Dzulkhairi Latif bin Haji Abdul Latif
Last modified at 27/02/2023 08:48 by Mohammad Dzulkhairi Latif bin Haji Abdul Latif