Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL LANTIKAN KETUA KAMPUNG RATAIE, MUKIM BOKOK, KETUA KAMPUNG PUNI DAN BATANG TUAU, MUKIM BANGAR DAN KETUA KAMPUNG SIBUT DAN SUMBILING, MUKIM AMO, DAERAH TEMBURONG

DSC_3238.JPGDSC_3238.JPG


TEMBURONG - Rabu, 8 Februari 2023, Majlis Penyampaian Sijil Lantikan Ketua Kampung Rataie, Ketua Kampung Puni dan Batang Tuau dan Ketua Kampung Sibut dan Sumbiling bertempat di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar, Daerah Temburong. 

 

Hadir bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil Lantikan ialah Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Turut hadir di majlis tersebut ialah. Yang Mulia Pengiran Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, Pegawai Daerah Temburong, Pemangku Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Pemangku Ketua-Ketua Kampung beserta Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampung dan penduduk-penduduk Kampung Rataie, Kampung Puni, Kampung Batang Tuau, Kampung Sibut dan Kampung Sumbiling. 

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa dan disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Acara diteruskan dengan penyampaian sijil dan bacaan ikrar dan kemudiannya menandatangani ikrar, disaksikan oleh​ Yang Mulia Pengiran Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, Pegawai Daerah Temburong dan Yang Mulia Dayng Jaimah binti Tuah, Ketua Bahagian Daerah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

 

Acara kemudiannya diteruskan dengan ucapan daripada Yang Mulia Awang Khairul Anwar bin Haji Juma'at, Ketua Kampung Tingkat I, Kampung Rataie dan diikuti serta dengan ucapan daripada Yang Mulia Awang Ashawary bin Haji Abdul Rahman, Ketua Kampung Tingkat III, Kampung Puni dan Batang Tuau dan ucapan daripada Yang Mulia Awang Haji Suhaili bin Haji Badas, Ketua Kampung Tingkat III, Kampung Sibut dan Sumbiling.

 

Sejurus selesai Majlis Penyampaian Sijil Lantikan, Tetamu Kehormat Majlis kemudiannya beredar kediaman Yang Mulia Awang Haji Suhaili bin Haji Badas, Ketua Kampung Tingkat III, Kampung Sibut dan Sumbiling, Yang Mulia Awang Khairul Anwar bin Haji Juma'at, Ketua Kampung Tingkat I, Kampung Rataie dan Yang Mulia Awang Ashawary bin Haji Abdul Rahman, Ketua Kampung Tingkat III, Kampung Puni dan Batang Tuau bagi Perasmian Papan tanda Ketua Kampung.


1.jpgDSC_3168.JPG

3.jpg5.jpg2.jpgDSC_3199.JPGDSC_3165.jpg6.jpgDSC_3306.JPGP1000259.JPGDSC_3275.JPG

Created at 09/02/2023 11:59 by Nurul Faezah binti Mat Noor
Last modified at 09/02/2023 12:26 by Nurul Faezah binti Mat Noor