Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS PENGUNDIAN DAN PEMILIHAN BAGI MENGISI JAWATAN KETUA KAMPONG RANCANGAN PERUMAHAN NEGARA KAMPUNG RATAIE, MUKIM BOKOK, DAERAH TEMBURONG

photo_1_2023-01-14_15-29-41.jpg

TEMBURONG - Jumaat 13 Januari 2023, Majlis Pengundian dan Pemilihan Bagi Mengisi Jawatan Ketua Kampung Rancangan Perumahan Negara Kampung Rataie, Mukim Bokok telah diadakan secara pandu lalu (drive-thru) pada hari ini bertempat di Dewan Kemasyarakatan Mukim Bokok, Daerah Temburong untuk pengundian menggunakan kaedah tablet (offline voting) dan kertas undi (ballot papers). Manakala, Pengundian menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK telah bermula pada Hari Rabu, 11 Januari 2023. Calon tunggal bagi mengisikan jawatan Ketua Kampung tersebut ialah Yang Mulia Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd. Yusoff.


Daripada 293 orang penduduk kampung berdaftar dan layak mengundi, seramai 111 orang yang telah hadir mengundi calon untuk mengisikan kekosongan jawatan Ketua Kampung Rancangan Perumahan Negara Kampung Rataie. Daripada jumlah tersebut, seramai 109 orang bersetuju dan seramai 2 orang tidak bersetuju.


Hadir selaku Pengerusi Majlis ialah Yang Mulia Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, Pegawai Daerah Temburong. Turut hadir ialah Pemangku Penolong Pegawai Daerah, Ketua Bahagian Daerah di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pemangku Penghulu Mukim Zon 2, Ketua-Ketua Kampung dan Pemangku Ketua Kampung di bawah Zon 2.

photo_7_2023-01-14_15-29-41.jpgphoto_8_2023-01-14_15-29-41.jpgphoto_5_2023-01-14_15-29-41.jpgphoto_4_2023-01-14_15-29-41.jpgphoto_3_2023-01-14_15-29-41.jpgphoto_2_2023-01-14_15-29-41.jpg

Created at 14/01/2023 15:53 by Muhamad Faaiz bin Haji Arifin
Last modified at 14/01/2023 15:54 by Muhamad Faaiz bin Haji Arifin