Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MESYUARAT PERTAMA SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-76 TAHUN BAGI DAERAH TEMBURONG

DSC_2614.JPG

TEMBURONG - Rabu, 24 Syawal 1443 bersamaan 25 Mei 2022 bertempat di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar telah berlangsung mesyuarat pertama Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-76 tahun bagi Daerah Temburong. 


Hadir mempengerusikan mesyuarat itu ialah Yang Mulia Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong. Turut hadir ialah Yang Mulia Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Suhaili, Pemangku Penolong Pegawai Daerah Temburong berserta Ketua-Ketua Cawangan Jabatan-Jabatan Kerajaan Daerah Temburong. 

Antara agenda yang dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut ialah melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi dan Pengerusi-Pengerusi Bahagian serta Pengerusi-Pengerusi Acara dan kemudiannya penerangan mengenai format Keberangkatan dan Persembahan Khas berserta cadangan acara-acara perayaan Sempena Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-76 tahun bagi Daerah Temburong.

WhatsApp Image 2022-05-25 at 12.28.04.jpeg
WhatsApp Image 2022-05-25 at 12.28.04 (1).jpeg
WhatsApp Image 2022-05-25 at 12.28.05.jpegWhatsApp Image 2022-05-25 at 12.28.04 (2).jpeg
Created at 25/05/2022 14:37 by Mohammad Dzulkhairi Latif bin Haji Abdul Latif
Last modified at 25/05/2022 14:54 by Mohammad Dzulkhairi Latif bin Haji Abdul Latif