Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL LANTIKAN KETUA KAMPUNG BELAIS DAN BUDA-BUDA, MUKIM BOKOK DAN KETUA KAMPUNG MENENGAH, MUKIM BANGAR DAERAH TEMBURONG

WhatsApp Image 2022-04-23 at 13.52.45.jpeg

​TEMBURONG – Sabtu, 23 April 2022, Majlis Penyampaian Sijil Lantikan Ketua Kampung Belais dan Buda-Buda dan Ketua Kampung Menengah bertempat di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar, Temburong.

Hadir bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil Lantikan ialah Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Hadir sama di majlis tersebut ialah, Yang Mulia Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pemangku Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Pemangku Ketua-Ketua Kampung dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung Belais dan Buda-Buda berserta penduduk Kampung dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung Menengah berserta penduduk Kampung.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa dan disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Acara diteruskan dengan penyampaian sijil dan bacaan ikrar dan kemudiannya menandatangani ikrar. Acara kemudiannya diteruskan dengan ucapan daripada Yang Mulia Awang Mohammad Afnan bin Haji Gapor, Ketua Kampung Tingkat I, Kampung Belais dan Buda-Buda dan ucapan daripada Yang Mulia Awang Mohamad Aiman bin Awang Haji Ali, Ketua Kampung Tingkat I, Kampung Menengah. Acara kemudiannya ditutup dengan perasmian papan tanda ketua kampung di kediaman Yang Mulia Awang Mohammad Afnan bin Haji Gapor, Ketua Kampung Tingkat I, Kampung Belais dan Buda-Buda dan Yang Mulia Awang Mohamad Aiman bin Awang Haji Ali, Ketua Kampung Tingkat I, Kampung Menengah.

WhatsApp Image 2022-04-23 at 13.52.45 (1).jpegWhatsApp Image 2022-04-23 at 13.52.46.jpegWhatsApp Image 2022-04-23 at 13.52.46 (1).jpeg

WhatsApp Image 2022-04-23 at 13.52.46 (2).jpegWhatsApp Image 2022-04-23 at 13.52.45 (2).jpeg

Created at 25/04/2022 10:39 by Mohammad Dzulkhairi Latif bin Haji Abdul Latif
Last modified at 11/05/2022 14:31 by Mohammad Noor bin Haji Ag. Tuah