Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN DERMA ANAK-ANAK YATIM DAERAH TEMBURONG

1912d19a-f26e-40fa-a6fc-d3d853e94a39.jpg

​TEMBURONG - Hari Khamis, 12 Ramadhan 1443 bersamaan 14 April 2022, bertempat di Perkarangan Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar telah berlangsung Majlis Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim bagi Daerah Temburong Temburong Secara Pandu Lalu. Seramai 189 orang anak-anak yatim telah menerima sumbangan dariada Tabung Anak-Anak Yatim Daerah Temburong, Tabung Kebangsaan, Orang Persendirian dan daripada Syarikat-Syarikat Swasta.


Hadir menyampaikan derma tersebut Yang Mulia Dayang Hajah Fauziah bini Haji Abdul Hamid, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Yang Mulia Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong.

Dengan adanya sumbangan derma ini nanti, ianya diharapkan akan dapat meringankan beban perbelanjaan anak-anak yatim semasa menyambut bulan syawal nanti dan dihasratkan kepada anak-anak yatim akan dapat membelanjakan sumbangan tersebut dengan sebaiknya dan sekali gus dapat menabung bagi kegunaan yang akan datang.


Created at 16/04/2022 09:17 by Mohammad Dzulkhairi Latif bin Haji Abdul Latif
Last modified at 05/05/2022 14:52 by Mohammad Dzulkhairi Latif bin Haji Abdul Latif