Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

KEMPEN KEBERSIHAN DAN PENANAMAN POKOK

29MAC22.jpeg

TEMBURONG – Hari Selasa, 29 Mac 2022, bertempat di Kawasan Bangunan Jabatan-Jabatan Kerajaan, Pekan Bangar, Daerah Temburong diadakan Kempen Kebersihan dan Penanaman Pokok.


Hadir selaku tetamu kehormat pada acara tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong. Turut hadir Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Ketua-Ketua Cawangan di Bangunan Jabatan-Jabatan Kerajaan, Pemangku Penghulu-Penghulu Mukim berserta Ketua Kampung dan Pemangku Ketua Kampung dan Pegawai dan Kakitangan daripada Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRE) Daerah Temburong.

Kempen Kebersihan tersebut merupakan antara aktiviti tahunan Jabatan Daerah Temburong dan ianya bertujuan untuk memastikan kebersihan di sekitar Bangunan Jabatan-Jabatan Kerajaan terjaga serta memperbudayakan kepentingan menjaga kebersihan di sekeliling. Manakala penanaman pokok adalah merupakan inisiatif ‘Protokol Hijau’ atau ‘Green Protocol’’ yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan. Melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jabatan Daerah Temburong telah diamanahkan bagi penanaman sebanyak 124 pokok yang dihasratkan bagi pengurangan jejak karbon di negara ini. Insyaallah penyelarasan bagi penanaman 118 pokok lagi akan diadakan di kawasan dewan-dewan dan balai-balai raya di bawah tadahan Jabatan Daerah Temburong akan diadakan pada masa terdekat bagi menyokong inisiatif Protokol Hijau Kementerian Pembangunan.


29MAC22 (1).jpeg
29MAC22 (3).jpeg
29MAC22 (4).jpeg
29MAC22 (5).jpeg
Created at 29/03/2022 14:05 by Mohammad Dzulkhairi Latif bin Haji Abdul Latif
Last modified at 05/05/2022 14:40 by Mohammad Dzulkhairi Latif bin Haji Abdul Latif