Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

UPACARA MENURUNKAN BENDERA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

FB_IMG_1645844061353.jpg

TEMBURONG – Hari Jumaat, 24 Rejab 1443 bersamaan 25 Februari 2022, bertempat di Kawasan Dermaga, Pekan Bangar telah berlangsung Upacara Menurunkan Bendera Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-38, Tahun 2022 bagi Daerah Temburong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong. Turut hadir, Yang Mulia Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Suhaili, Pemangku Penolong Pegawai Daerah Temburong selaku Pengerusi Majlis, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara berserta Jemputan Khas dan Penghulu-Penghulu Mukim.

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Awang Mahdini bin Kamis, Imam Masjid Kampung Selangan dan kemudiannya Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam. Acara kemudiannya diteruskan dengan Upacara Menurunkan Bendera Negara Brunei Darussalam dan penyerahan bendera kepada Tetamu Kehormat Majlis.

Upacara Menurunkan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam ini menandakan berakhirnya tempoh pengibaran bendera di premis-premis kerajaan dan swasta serta rumah-rumah kediaman semua rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38 Tahun bagi Daerah Temburong.


FB_IMG_1645844061353.jpg

FB_IMG_1645844063682.jpg

FB_IMG_1645844066122.jpg

FB_IMG_1645844068606.jpg

FB_IMG_1645844071212.jpg

Created at 26/02/2022 11:27 by Mohammad Noor bin Haji Ag. Tuah
Last modified at 05/05/2022 14:25 by Mohammad Dzulkhairi Latif bin Haji Abdul Latif