Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Jualan Produk Kampung Daerah Temburong

FB_IMG_1645767428820.jpg

​TEMBURONG – Khamis, 23 Rejab 1443 bersamaan 24 Februari 2022, bertempat di Kawasan Dermaga Pekan Bangar, Temburong diadakan Jualan Produk Kampung Daerah Temburong anjuran Bahagian Institusi Mukim dan Kampung, Jabatan Daerah Temburong. 


Selain daripada aktiviti perekonomian beberapa aktiviti sampingan juga akan diadakan selama 4 hari jualan tersebut diadakan. Acara-acara sampingan tersebut adalah seperti peraduan masakan sambal, peraduan menyediakan minuman, peraduan masakan puding, pertandingan bahan-bahan kitar semula dan pertandingan seni kicau burung yang akan dikendalikan dan dilaksanakan oleh Majlis-Majlis Perundingan Kampung Daerah Temburong.

Jualan Produk Kampung Daerah Temburong berlangsung selama empat (4) hari bermula pada hari ini 24 Februari (Khamis) sehingga 27 Feberuari 2022 (Ahad). Orang ramai adalah dipelawa untuk datang memeriahkan lagi Jualan Produk Kampung Daerah Temburong. Para pengunjung adalah dinasihati untuk sentiasa menjaga dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan dalam pengawalan risiko wabak Covid-19.

FB_IMG_1645767428820.jpg

FB_IMG_1645767431726.jpg

FB_IMG_1645767433994.jpg

FB_IMG_1645767436185.jpg

FB_IMG_1645767438938.jpg

FB_IMG_1645767441209.jpg

Created at 26/02/2022 10:53 by Mohammad Noor bin Haji Ag. Tuah
Last modified at 05/05/2022 14:34 by Mohammad Dzulkhairi Latif bin Haji Abdul Latif