Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Upacara Menaikkan Bendera Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-38, Tahun 2022 bagi Daerah Temburong

photo_2022-02-17_09-31-34.jpg

​TEMBURONG – Hari Rabu, 15 Rejab 1443 bersamaan 16 Februari 2022, bertempat di Kawasan Dermaga, Pekan Bangar telah berlangsung Upacara Menaikkan Bendera Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-38, Tahun 2022 bagi Daerah Temburong.


Aturcara majlis telah dimulai dengan Bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Yang Mulia Awang Mahdini bin Kamis, Imam Masjid Selangan dan diikuti dengan Majlis Penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam daripada tetamu kehormat majlis kepada pasukan Polis Diraja Brunei bagi Upacara Menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam diiringi oleh Lagu Kebangsaan dan disusuli dengan lagu ‘Bendera Negara’. Acara kemudiannya diteruskan dengan penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam kepada Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Cawangan dan Program Belia Cinta Tanah Air.

Dari detik 16 Februari 2022 ini bermulalah berkibarnya Bendera Negara Brunei Darussalam. Bagi Pengiran-Pengiran dan Orang Yang Bergelar hendaklah mengibarkan bendera peribadi mereka di rumah kediaman masing-masing, manakala bagi orang ramai, bangunan-bangunan kerajaan dan premis-premis perniagaan hendaklah mengibarkan bendera Negara Brunei Darussalam di tempat masing-masing bermula pada hari ini 16 Februari 2022 sehingga 25 Februari 2022.

photo_2022-02-17_09-31-34.jpg

photo_2022-02-17_09-31-46.jpg

photo_2022-02-17_09-31-50.jpg

photo_2022-02-17_09-31-55.jpg

photo_2022-02-17_09-32-00.jpg

photo_2022-02-17_09-32-05.jpg

photo_2022-02-17_09-32-11.jpg

photo_2022-02-17_09-32-15.jpg

photo_2022-02-17_09-32-20.jpg

Created at 17/02/2022 09:40 by Mohammad Noor bin Haji Ag. Tuah
Last modified at 05/05/2022 14:37 by Mohammad Dzulkhairi Latif bin Haji Abdul Latif