Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

PEMBERIGAAN SISTEM DAN APLIKASI MUDAH ALIH E-UNDI BAGI MAJLIS PENGUNDIAN DAN PEMILIHAN CALON-CALON PENGHULU MUKIM DAN KETUA KAMPONG (PMKK)

WhatsApp Image 2021-12-18 at 1.19.10 PM (1).jpeg

TEMBURONG, Hari Sabtu, 13 Jamadilawal 1443  bersamaan 18 Disember 2021, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Daerah Temburong telah mengadakan taklimat pemberigaan “Sistem dan Aplikasi Mudah Alih E-Undi PMKK” pada pagi ini khusus bagi ahli-ahli Majlis Perundingan dan penduduk-penduduk Kampong Rataie dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampong Rataie yang diadakan di Dewan Kemasyarakatan Mukim Bokok, Temburong. 

Sesi taklimat tersebut dimulai dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong dan disusuli dengan sesi taklimat mengenai ‘Sistem dan Aplikasi Mudah Alih E-Undi PMKK” yang disampaikan oleh Dayang Jaimah binti Tuah, Ketua Bahagian Kuasa-Kuasa Tempatan dan Perpaduan (Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang juga Penghulu Mukim Zon 2, Daerah Temburong.

Tujuan taklimat diadakan adalah bagi menyebarluaskan lagi maklumat mengenai Sistem dan Aplikasi Mudah Alih E-Undi PMKK kepada penduduk-penduduk kampong melalui Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampong  sebagai kesinambungan kepada sesi taklimat yang telah diadakan sebelum ini secara maya kepada Penghulu Mukim dan Ketua Kampong dan Pemangku Ketua-Ketua Kampong.
WhatsApp Image 2021-12-18 at 1.19.10 PM (1).jpeg
WhatsApp Image 2021-12-18 at 1.19.09 PM.jpeg
WhatsApp Image 2021-12-18 at 1.19.08 PM.jpeg
WhatsApp Image 2021-12-18 at 1.19.07 PM.jpeg




Created at 18/12/2021 15:52 by Dayangku Siti Nur Syadzwani binti Pengiran Mohd Jeffry
Last modified at 18/12/2021 15:57 by Dayangku Siti Nur Syadzwani binti Pengiran Mohd Jeffry