Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

CERAMAH MAULIDUR RASUL

IMG-20211031-WA0027.jpg

​TEMBURONG – Khamis, 21 Rabiulawal 1443 bersamaan 28 Oktober 2021, Ceramah Maulidur Rasul Sempena Maulud Nabi Muhammad SAW bagi Jabatan Daerah Temburong secara maya Tahun 1443 Hijrah bersamaan 2021 Masehi.


Hadir selaku tetamu kehormat pada acara tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong. Turut hadir Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Penghulu Mukim Zon 2, Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Temburong. Acara dimulakan dengan Sayidul Istifigar dan Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan kemudiannya diteruskan dengan Ceramah Maulidur Rasul bertajuk “Kecemerlangan Kepimpinan Berlandaskan Sunnah Rasulullah” disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Abdul Rahman bin Haji Ajak.

Antara tujuan ceramah diadakan adalah bagi memeriahkan dan menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul bagi Tahun 1443 Hijrah bersamaan 2021 Masehi dan sebagai tanda memperingati kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.IMG-20211031-WA0027.jpg
IMG-20211031-WA0028.jpg

IMG-20211031-WA0029.jpg

Created at 31/10/2021 16:05 by Mohammad Noor bin Haji Ag. Tuah
Last modified at 31/10/2021 16:05 by Mohammad Noor bin Haji Ag. Tuah