ﺍﻠﺳﻼﻢ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﻮﺮﺤﻣﺔ ﷲ ﻮﺒﺮﻜﺎﺗﻪ
 
Alhamdulillah,
 syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah rahmat 
dan inayah-Nya jua, Jabatan Daerah Temburong telah berjaya menerbitkan 
sebuah laman sesawang rasmi yang telah dikemaskini untuk penggunaan 
orang ramai. 
 
Ianya
 adalah salah satu usaha berterusan Jabatan ini untuk memberigakan 
maklumat-maklumat secara menyeluruh dan perkhidmatan-perkhidmatan yang 
diberikan oleh Jabatan ini, dalam sama-sama mencapai Misi dan Visi 
Jabatan kearah memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan bagi 
kesejahteraan masyarakat.
 
Peramba/Saya
 berharap agar laman web ini dapat dimanfaatkan oleh penjawat awam dan 
orang ramai dalam sama-sama meningkatkan kefahaman tentang peranan dan 
tanggungjawab Jabatan Daerah Temburong. Peramba/Saya juga mendoakan agar
 usaha yang berterusan ini akan sentiasa mendapat keberkatan dari Allah 
Subhanahu Wata'ala jua. Amin.
Sekian. Wabillahit Taufiq Walhidayah, 
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
 
PEGAWAI DAERAH TEMBURONG