Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Amo, Mukim Amo

photo_2024-05-13_10-36-57.jpg

​TEMBURONG, Ahad 28 April 2024 – Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Amo, Mukim Amo telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Sekolah Rendah Amo, Daerah Temburong. Hadir di Majlis tersebut, Yang Mulia Awang Muhammad Usamah bin Haji Sarbini, Pemangku Pegawai Daerah Temburong. Turut hadir pegawai kanan daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pemangku Penghulu Zon 2, Ketua-Ketua Kampung dan Pemangku Ketua Kampung di bawah tadahan Mukim Amo.


Calon tunggal yang layak bagi mengisikan kekosongan jawatan Ketua Kampung Amo ialah Yang Mulia Awang Hujan anak Muit berumur 58 tahun merupakan Pemangku Ketua Kampung Amo. Daripada 174 orang yang berdaftar dan layak mengundi, seramai 147 yang telah mengundi bagi calon jawatan Ketua Kampung Amo. Daripada jumlah tersebut, seramai 145 orang bersetuju, seramai 1 orang tidak bersetuju dan 1 undi rosak.

Keputusan Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung akan dihadapkan kepada Lembaga Perjawatan, Disiplin dan Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi proses selanjutnya.


Created at 13/05/2024 10:39 by Rosmaria Binti Hj Ibrahim
Last modified at 13/05/2024 10:39 by Rosmaria Binti Hj Ibrahim