TEMBURONG – Hari Selasa, 17 Ramadhan 1443 bersamaan 19 April 2022, Majlis Selawat Senegara Selawat Tafrijiyyah Tahun 1443H/2022M, di mana tumpuan utama bagi Daerah Temburong adalah di Masjid Utama Mohd Salleh, Pekan Bangar, Temburong.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri Pembangunan. Turut hadir Yang Mulia Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakari, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Yang Mulia Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung serta Ketua-Ketua Cawangan Jabatan-Jabatan Kerajaan Daerah Temburong.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Zohor diikuti dengan bacaan selawat Tafrijiyyah beramai-ramai dipimpin oleh Pegawai Pelajaran, Haji Asri bin Haji Timbang. Seterusnya bacaan doa dibacakan oleh Pemangku Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong, Awang Ruslan bin Haji Sulaiman.
.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)