TEMBURONG – Khamis, 05 Ramadhan 1443 / 07 April 2022, Majlis Tadarus Al-Quran Bulan Ramadhan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung berserta Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Jabatan-Jabatan di bawahnya 1443H/2022M bagi Daerah Temburong telah diadakan di Masjid Pengiran Haji Abu Bakar, Kampung Bokok, Mukim Bokok, Daerah Temburong. Majlis ini diselenggarakan oleh Jabatan Daerah Temburong dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Haji Abu Bakar, Kampung Bokok.
Hadir selaku Tetamu
Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri
Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
selaku ketua rombongan. Majlis dimulakan
dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim dan wakaf yang disampaikan oleh
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri kepada Yang Mulia Awang Sokhrati
@ Muhammad Hanafi bin Haji Bahrun, Imam Masjid Pengiran
Haji Abu Bakar, Kampung Bokok. Majlis diteruskan dengan majlis bacaan Tadarus Al-Quran yang diketuai oleh Imam Masjid Pengiran Haji Abu Bakar, Kampung Bokok dan kemudiannya diteruskan dengan Bacaan Tahlil dan Doa Selamat. Sebelum mengakhiri majlis rombongan mengadakan sembahyang Fardu Asar berjemaah.
Di antara tujuan
rombongan Tadarus Al-Quran Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ke Daerah-Daerah
adalah untuk menyemarakkan bulan Ramadhan. Selain itu aktiviti ini dihasratkan
dapat menjalinkan hubungan yang erat di kalangan Pegawai dan kakitangan
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya berserta
Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan pemimpin akar
umbi.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Awang Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang); Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Yang Mulia Awang Azmi Bin Haji Hafneh, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Mulia Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Ketua-Ketua Jabatan dibawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Temburong berserta penduduk Kampung sekitarnya.




