TEMBURONG – Ahad, 27 Februari 2022, bertempat Jualan Produk Kampung Daerah Temburong bertempat di Kawasan Dermaga Pekan Bangar, Temburong.
Pertandingan Seni Kicau Burung merupakan aktiviti sampingan terakhir pada hari terakhir Jualan Produk Kampung Daerah Temburong. Hadir selaku tetamu kehormat pada acara tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong. 2 kategori dipertandingkan pada pertandingan ini iaitu Pertandingan Murai Batu Kepala Hitam dan Pertandingan Murai Batu Kepala Putih.
Juara bagi Pertandingan Murai Batu Kepala Hitam, Murai milik Yang Mulia Awang Jufri bin Haji Hamid dan Juara bagi Pertandingan Murai Batu Kepala Putih Murai milik Yang Mulia Awang Herman bin Wahid. Menyempurnakan penyampaian hadiah tersebut ialah tetamu kehormat majlis; Pemangku Pegawai Daerah Temburong. Pertandingan tersebut dikendalikan bersama oleh Majlis Perundingan Kampung Puni, Majlis Perundingan Kampung Batang Tuau, Majlis Perundingan Kampung Batu Apoi dan Majlis Perundingan Kampung Selangan, Parit dan Biang Menengah.
Jualan Produk Kampung Daerah Temburong berlangsung selama empat (4) hari bermula pada hari ini 24 Februari (Khamis) sehingga 27 Feberuari 2022 (Ahad). Jualan tersebut merupakan projek tahunan Bahagian Institusi Mukim dan Kampung yang melibatkan pengusaha-pengusaha Satu Kampung Satu Produk, Majlis Perundingan Kampung Daerah Temburong serta pengusaha-pengusaha produk kampung yang lain.







