TEMBURONG – Khamis, 23 Rejab 1443 bersamaan 24 Februari 2022, bertempat di Kawasan Dermaga Pekan Bangar, Temburong diadakan Jualan Produk Kampung Daerah Temburong anjuran Bahagian Institusi Mukim dan Kampung, Jabatan Daerah Temburong.
Selain daripada aktiviti perekonomian beberapa aktiviti sampingan juga akan diadakan selama 4 hari jualan tersebut diadakan. Acara-acara sampingan tersebut adalah seperti peraduan masakan sambal, peraduan menyediakan minuman, peraduan masakan puding, pertandingan bahan-bahan kitar semula dan pertandingan seni kicau burung yang akan dikendalikan dan dilaksanakan oleh Majlis-Majlis Perundingan Kampung Daerah Temburong.
Jualan Produk Kampung Daerah Temburong berlangsung selama empat (4) hari bermula pada hari ini 24 Februari (Khamis) sehingga 27 Feberuari 2022 (Ahad). Orang ramai adalah dipelawa untuk datang memeriahkan lagi Jualan Produk Kampung Daerah Temburong. Para pengunjung adalah dinasihati untuk sentiasa menjaga dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan dalam pengawalan risiko wabak Covid-19.