TEMBURONG; 09 Januari 2022 – Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Rataie, Mukim Bokok telah diadakan secara pandu lalu ( ‘drive-thru’ ) pada hari ini bertempat di Dewan Kemasyarakatan Mukim Bokok, Daerah Temburong untuk pengundian menggunakan kaedah tablet ( ‘offline voting’ ) dan kertas undi (‘ballot papers’ ). Manakala, Pengundian menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK telah bermula pada Hari Jumaat, 07 Januari 2022.
Seramai 150 orang penduduk kampung berdaftar dan layak mengundi seramai 78 orang telah mengundi calon untuk mengisikan kekosongan jawatan Ketua Kampung Rataie. Dimana 16 orang telah mengundi menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK, 17 orang telah mengundi menggunakan tablet (‘offline voting’ ) dan selebihnya seramai 45 orang menggunakan kertas undi (‘ballot papers’ ). Daripada jumlah yang telah hadir mengundi tersebut, seramai 76 orang bersetuju dan seramai 2 orang tidak bersetuju.
