TEMBURONG – Isnin, 8 November 2021 bersamaan 03 Rabiulakhir 1443, Perlaksanaan Swab Antigen Rapid Test (ART) oleh Jabatan Daerah Temburong bagi Penghulu Mukim dan Ketua Kampung Daerah Temburong bertempat di Pantaran Permata Hijau, Bangunan Jabatan-Jabatan Kerajaan, Pekan Bangar Temburong.
Perlaksanaan kali ke-Dua tersebut adalah di antara usaha Jabatan bagi membendung penularan wabak pandemik COVID-19 di Negara ini. Turut hadir Yang Berhormat Hj Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara.

