TEMBURONG – Perlaksanaan Swab Antigen Rapid Test (ART) oleh Jabatan Daerah Temburong bagi Pegawai dan Kakitangan Jabatan bertempat di Pantaran Permata Hijau, Bangunan Jabatan-Jabatan Kerajaan, Pekan Bangar Temburong.
Perlaksanaan tersebut adalah di antara usaha Jabatan bagi membendung penularan wabak pandemik COVID-19 di Negara ini. Ujian Swab Antigen Rapid Test (ART) diadakan bermula pada hari Isnin, 18 Oktober 2021 dan Hari Rabu, 20 Oktober 2021.