TEMBURONG - Rabu, 04 Ogos 2021 bertempat di Kawasan Dermaga Pekan Bangar, Temburong telah berlangsung Upacara Penurunan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-75 bagi Daerah Temburong. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, Pemangku Pegawai Daerah Temburong. Turut hadir, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara.
Upacara Penurunan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam ini menandakan berakhirnya tempoh pengibaran bendera di premis-premis kerajaan dan swasta serta rumah-rumah kediaman semua rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-75.