Jabatan Daerah Temburong
Jabatan Daerah Temburong merupakan sebuah Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Pentadbiran Jabatan dikendalikan oleh seorang Pegawai Daerah Temburong yang bertanggungjawab terhadap pelbagai aspek pentadbiran daerah. Dalam konteks pembangunan daerah, Jabatan ini berperanan menyelaraskan projek pembangunan, kemudahan masyarakat dan peningkatan kualiti hidup bagi penduduk Daerah Temburong.
Bangunan Pejabat Daerah Temburong dibina pada awal tahun 1950-an. Ketika penubuhannya bangunan digunakan dan dikongsi bersama dengan beberapa buah agensi kerajaan yang lain iaitu Pejabat Telekom, Pejabat Pos, Pejabat Kastam dan Eksais dan sebuah ruang bilik mahkamah dan Pejabat Pengangkutan Darat.
Memandangkan bangunan digunakan bersama Jabatan-Jabatan Kerajaan yang lain, bangunan Jabatan Daerah Temburong ini dinamakan Bangunan Pejabat-Pejabat Kerajaan Daerah Temburong.
Pada tahun 1982, kompleks Bangunan Jabatan-Jabatan Kerajaan yang baru telah dibina. Bangunan tersebut mula digunakan pada tahun 1984 dan Jabatan Daerah Temburong bersama Jabatan-Jabatan yang lain telah berpindah ke bangunan baru sehingga ke hari ini yang terletak di Pekan Bangar.
Bangunan Pejabat Kerajaan Pekan Bangar Daerah Temburong telah disempurnakan perasmiannya oleh Kebawah Duil Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada hari Isnin, 04 Zulhijjah 1408H bersamaan 18 Julai 1988.