TEMBURONG - Rabu, 8 Februari 2023, Majlis Penyampaian Sijil Lantikan Ketua Kampung Rataie, Ketua Kampung Puni dan Batang Tuau dan Ketua Kampung Sibut dan Sumbiling bertempat di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar, Daerah Temburong. Hadir bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil Lantikan ialah Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.